MPU23042 NILAI MASYARAKAT

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA membincangkan aspek sejarah pembentukan masyarakat Malaysia, nilai-nilai agama serta adat resam dan budaya masyarakat majmuk.  Selain  itu,  pelajar  dapat mempelajari tanggungjawab sebagai individu dan nilai perpaduan dalam kehidupan di samping cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia.

MPU23142 PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL memberi pengetahuan tentang  konsep asas moral untuk diamalkan. Selain itu, kursus ini juga menjelaskan etika individu yang bermoral dan bertanggungjawab serta isu-isu moral yang mempengaruhi pembentukan negara dan masyarakat.

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ini menjelaskan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza. Ia bertujuan bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan merentas bangsa dalam mengukuhkan kesepaduan sosial. Selain itu, perbincangan dan perbahasan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs) yang bersesuaian digunakan dalam penyampaian kursus ini.

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM memberi pengetahuan tentang konsep Islam sebagai al-Din dan seterusnya membincangkan konsep sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam serta impaknya, pencapaiannya dalam tamadun Islam, prinsip serta peranan syariah dan etika Islam, peranan kaedah fiqh serta aplikasinya.


MPU23012/32 PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM disediakan untuk melahirkan warganegara yang faham tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Perbincangan berasaskan kepada konsepkonsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam dan cabaran semasa.